PHS Automotive Malaysia (PHSAM), selaku pengimport dan pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia, telah kemaskini barisan model SUV mewahnya dengan pengumuman model 2026 Audi Q5 baharu yang tampil dengan dua pilihan bentuk badan – standard dan ‘Sportback’.
Melalui Q5 Advance, ia digerakkan oleh nadi 2.0-liter TFSI 4-sil turbo petrol yang menghasil 199PS & 340Nm. Nadi bagi tawaran SUV mewah badan standard ini juga dipadankan dengan transmisi 7-nisbah klac-berkembar automatik.Versi Q5 Sportback S Line pula kongsi nadi dan transmisi yang sama, tetapi outputnya lebih tinggi – 272PS & 400Nm. Versi prestasi tinggi dengan penggayaan a la ‘coupe’ ini juga dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) quattro terkemuka dari jenama Jerman ini.
Dua-dua juga kongsi kelengkapan utama seperti lampu hadapan matrix LED, paparan meter digital 11.9-inci, skrinsentuh infotainmen jenis OLED 14.5-inci, sistem audio 3D premium dari Bang & Olufsen, dan banyak lagi.Bagi sistem bantuan pemanduan (ADAS), kedua-dua model Q5 baharu untuk pasaran Malaysia ini juga lengkap bersama ciri-ciri utama seperti sistem cruise control adaptif serta fungsi park assist bersama parking system plus.
Beralih ke tanda harga, versi 2026 Audi Q5 Advance ditawarkkan pada RM354,223 bersama pakej jaminan 2-tahun tanpa had batuan. Angka tersebut naik ke RM371,223 dengan pilihan Audi Assurance Package (AAP) yang membawa jaminan dan pakej servis 5-tahun.
Untuk versi 2026 Audi Q5 Sportback S Line, harganya pula adalah RM423,223 (tanpa AAP) atau RM440,223 (dengan AAP).








