INDUSTRI

ASEAN NCAP & JAMA ANJUR SESI PERBINCANGAN

28 Oct 2026
ASEAN NCAP & JAMA ANJUR SESI PERBINCANGAN
1 / 3

Baru-baru ini, pihak ASEAN NCAP telah berjaya mengadakan sesi perbincangan bersama Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA) di Jepun.

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik melalui laman Facebook rasminya, ASEAN NCAP tambah pertemuan itu juga menjadi ruang untuk kedua-dua pihak membincangkan perkembangan keselamatan jalan raya dan berkongsi pandangan mengenai hala tuju penilaian keselamatan kenderaan.

Sesi tersebut melihat dua-dua pihak bertukar pandangan mengenai inisiatif keselamatan jalan raya terkini serta meneroka senario penilaian keselamatan pada masa hadapan. Perkongsian tersebut tidak memperincikan senario ujian yang dibincangkan atau mengumumkan sebarang perubahan kepada protokol penilaian ASEAN NCAP.

JAMA merupakan persatuan industri bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada 1967 dan menghimpunkan pengeluar kereta penumpang, trak, bas serta motosikal Jepun. Persatuan itu mewakili kepentingan bersama industri automotif Jepun. Khususnya, JAMA menjalankan kajian berkaitan pengeluaran, perdagangan serta penggunaan kenderaan.

Penglibatan JAMA dalam pertemuan bersama ASEAN NCAP ini membawa perspektif pihak pengeluar kepada perbincangan mengenai penilaian keselamatan.

Walaupun maklumat diberi adalah ringkas, ini merupakan salah satu contoh inisiatif yang diambil ASEAN NCAP dalam usahanya untuk membentuk protokol bagi kitaran penilaiannya yang dinaik taraf setiap lima tahun. Perkara ini pernak disahkan Ketua Teknikal ASEAN NCAP Ts. Yahaya Ahmad dalam salah satu episod podcast kami baru-baru ini.

Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Kembali ke lamanTekan Habis