PRODUK

APRILIA RS 457 GP REPLICA TIBA – RM35,900

05 Nov 2026
APRILIA RS 457 GP REPLICA TIBA – RM35,900
1 / 17

Pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia iaitu Didi Group telah rasmi perkenalkan Aprilia RS457 GP Replica.

Model sport saiz pertengahan (middleweight) itu tampil di reruai jenama Itali tersebut di perkarangan Mall Area, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu lepas sempena MotoGP Malaysia 2026.

Edisi khas ini diberi penggayaan yang diinspirasikan dari jentera MotoGP Aprilia, dan ini nyata melalui kemasan warna hitam dengan gabungan kemasan kilat dan kusam serta corak grafik seperti jentera perlumbaan tersebut.

Selain itu, edisi khas ini juga dilengkapi komponen aluminium berona gelap untuk bahagian kerangka, lengan ayun (swingarm) dan plat stereng. Turut dilengkapi sini adalah penutup tempat duduk belakang (pillion seat cowl).

Dari segi kelengkapan, RS 457 GP Replica ini juga diberi beberapa komponen naik taraf prestasi seperti fungsi quickshifter serta setup brek hadapan yang yang lebih cekap. Selain itu, pakej tren kuasanya kekal daripada versi standard.

Model sport middleweight ini digerakkan oleh enjin 457cc dwi-silinder yang menjana 47.6HP dan 43.5Nm. Sebuah transmisi 6-kelajuan manual dipadankan bersama nadi tersebut.

Turut kekal dari versi standard adalah fork hadapan terbalik (USD) 41MM dan monoshock belakang, paparan meter digital TFT 5-inci, serta sistem ABS dwi-saluran. Berat keseluruhan pula adalah 175KG (basah).

Kini buka untuk tempahan melalui pengedar sah, Aprilia RS 457 GP Replica ditawarkan Didi Group dengan harga asa RM35,900 (tanpa insurans).

Kembali ke lamanTekan Habis