Kembali ke laman Tekan Habis
SUKAN PERMOTORAN

ACARA SUPER GT MALAYSIA 2026 DITAGGUHKAN

08 Apr 2026
ACARA SUPER GT MALAYSIA 2026 DITAGGUHKAN
Berita kurang manis buat peminat sukan motor tempatan yang menunggu acara Super GT Malaysia 2026.
Pihak penganjur Haro Sports & Entertainment Sdn Bhd serta GTA Co. Ltd. Selaku penganjur kejohanan Super GT telah mengeluar kenyataan rasmi bersama mengesahkan penangguhan acara Super GT Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada bulan Jun ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dua-dua pihak dedah penangguhan ini disebabkan peningkatan mendadak kos pengangkutan (freight) serta penerbangan yang cetus akibat konflik di Timur Tengah. Kami juga difahamkan penangguhan ini adalah permintaan dari kerajaan melalui Tourism Malaysia (Kementerian Pelancongan) – salah satu penoykong utama acara ini.

Setakat ini, dua-dua pihak tidak memberi tahu tempoh penangguhan ini, mahupun tarikh baru bagi menganjurkan acara ini. Tahun lepas, Super GT Malaysia kembali buat pertama kali selepas ketidakhadiran lebih sedekad, dan ia berjaya menarik ramai penonton – seramai 75,977 orang dilaporkan hadir tahun lepas.
(Sumber Imej: FB Super GT Malaysia)
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis