Selain ekspo MCVE 2026, Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke juga telah melancarkan program MyLesen B2 Sekolah 2026 awal minggu ini.
Inisiatif ini bakal menaja seramai 60,000 pelajar Tingkatan 4 dan 5 daripada golongan B40 di seluruh negara untuk memperoleh lesen motosikal secara percuma dengan peruntukan melebihi RM18.5 juta tahun ini.
Loke berkata program itu diperkenalkan susulan kebimbangan terhadap jumlah pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen sah. Dia bertambah keadaan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah membahayakan keselamatan pelajar kerana menunggang tanpa pengetahuan dan kemahiran yang betul.
Inisiatif ini memberi tumpuan kepada penyediaan akses pelesenan yang sah di samping meningkatkan tahap kompetensi, kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan generasi muda,” katanya selepas melancarkan program ini di AICC Johor Bahru, awal minggu ini.
Loke juga memberi pencerahan statistik dimana lebih 6,000 kemalangan maut dilaporkan setiap tahun iaitu 65% membabitkan golongan penunggang dan pembonceng motosikal. Katanya, kebanyakan daripada kemalangan maut ini membabitkan purata umur antara 16 hingga 25 tahun termasuklah pelajar sekolah.
(Sumber Imej: FB MOT Malaysia)

