Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 SMART #5 DIKEMASKINI – 1 WARNA BAHARU, HARGA NAIK RM10,000

21 Jul 2026
Gambar hiasan
Gambar hiasan
1 / 3

PRO-NET baru sahaja umumkan kemaskini bagi barisan model smart #5. Untuk versi tahun 2026 terbarunya, anak syarikat Proton tersebut telah sahkan satu tambahan warna baru bagi varian Brabus, dan juga ubahan harga bagi barisan penuh EV SUV premium ini.

Khas bagi varian tertinggi sekali iaitu Brabus #5 Brabus, satu pilihan warna baharu kini ditambah yang dipanggil ‘Laser Red Edition’. Dalam siaran akhbar rasminya, PRO-NET juga menekan bahawa pilihan baru ini akan tersedia dalam kuantiti terhad.

PRO-NET berkata warna baharu ini dipilih dengan teliti untuk mencerminkan identiti dinamik sub-jenama prestasi tinggi itu, di samping menyerlahkan lagi penggayaan model lasak dan sporty ini yang juga merupakan model saiz terbesar dari jenama tersebut.

Selain itu, tiada perubahan mekanikal boleh kami lapor. #5 varian Brabus terus kekal dengan setup dwi-motor yang menjana 646PS & 710Nm, pek bateri NMC 100kWj, serta sokongan pengecasan AC 22kW dan pengecasan DC pantas setinggi 400kW.

Dari segi prestasi, varian ini mencapai pecutan 0-100km/j dalam 3.8 saat dan kelajuan maksimum 210km/j, manakala pek bateri yang disebut tadi menjanjikan jarak gerak maksimum WLTP sejauh 540KM.

Beralih ke harga dan PRO-NET juga serentak umumkan semakan harga bagi barisan penuh model smart #5 bagi pasaran Malaysia. Harga jualannya kini mengalami kenaikan sebanyak RM10,000 ke RM209,800 (#5 Premium) dan RM259,800 (#5 Brabus).

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis