Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 PROTON E.MAS 7 PHEV TAMPIL DENGAN PILIHAN WARNA BAHARU

02 Apr 2026
2026 PROTON E.MAS 7 PHEV TAMPIL DENGAN PILIHAN WARNA BAHARU
Proton e.MAS 7 PHEV kini tersedia dengan pilihan warna eksterior baharu, iatu Emerald Green.
Warna baharu ini diperkenalkan sebagai pilihan kekal dalam barisan sedia ada Proton e.MAS 7 PHEV, dan tempahan model tersebut dalam rona hijau ini sudahpun terbuka mulai 1 April 2026.

“Warna tambahan ini bukan sahaja memberi lebih pilihan kepada pelanggan, malah menyerlahkan lagi reka bentuk moden serta identiti model elektrik ini,” kata Puan Salawati Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET.
Bagi segarkan memori, Proton e.MAS 7 PHEV ditawarkan dalam tiga pilihan varian yang berharga RM105,800 (Prime), RM119,800 (Premium) dan RM125,800 (Premium +).

Harga tertera termasuk jaminan waranti kenderaan asas 6-tahun tanpa had batuan, serta jaminan waranti asing atas pek bateri EV dan e-motor selama 8-tahun atau 160,000KM.
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis