Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 MERCEDES-AMG GLC 43 4MATIC COUPE NIGHTFALL EDITION CKD – RM518,888

11 May 2026
2026 MERCEDES-AMG GLC 43 4MATIC COUPE NIGHTFALL EDITION CKD  – RM518,888
1 / 3

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja umumkan edisi khas baharu bagi salah satu tawaran model SUV mewah prestasi tingginya iatu 2026 Mercedes-AMG GLC 43 4Matic Coupe Nightfall Edition.
Versi Nightfall Edition ini dilengkapi dengan AMG Night Package Exterior II yang membawa perincian luaran lebih gelap bersama aksen Dark Chrome dan hiasan penutup tangki bahan api AMG krom perak.

Selain itu, edisi khas ini juga dilengkapi dengan sistem bunyi enjin AMG Real Performance Sound. Menurut MBM, tambahan ini berniat untuk memberikan kehadiran yang tegas dan pengalaman pemanduan yang lebih imersif.

Dari segi mekanikal, model ini mengguna nadi 2.0-liter 4-silinder turbo petrol terkemuka dari cabang prestasi tinggi jenama tiga-bintang tersebut. Nadi ini juga digandingkan dengan sistem separa hybrid (mild hybrid – MHEV) 48-volt.

Secara kesuluruhan, pakej trenkuasa ini menghasil 421HP & 500Nm. Degan padanan transmisi DCT automatik 9-nisbah dan setup pacuan semua roda (AWD), SUV Mewah ini mempunyai pecutan 0-100KM/J hanya dalam 4.5 saat.

Tempahan kini buka untuk tawaran SUV mewah prestasi tinggi ini yang juga dipasang secara tempatan (CKD) oleh MBM di Pekan, Pahang pada harga asas RM518,888 tanpa insurans. Termasuk sekali adalah jaminan waranti 4-tahun tanpa had batuan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis