Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 JAC N90 SERBA BAHARU LANCAR DI MCVE 2026 – DARI RM118,000

15 May 2026
2026 JAC N90 SERBA BAHARU LANCAR DI MCVE 2026 – DARI RM118,000
1 / 5

Satu lagi pelancaran utama yang berlangsung di Malaysia Commercial Vehicle Expo 2026 (MCVE) di Mines Internasional Exhibition & Convention Centre (MIECC) semalam adalah untuk model 2026 JAC N90 serba baharu.

Model tak tugas ringan (light duty truck) generasi keenam global ini diperkenalkan oleh JAC Auto (Malaysia) Sdn Bhd dan pelancarannya juga disempurnakan dengan kehadiran Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke.

Menurut syarikat tersebut, model N90 serba baharu ini direka untuk pelbagai aplikasi komersial termasuk penghantaran bandar, pengangkutan jarak jauh, kerja pembinaan dan penggunaan khas lain.Bagi memenuhi keperluan berbeza, JAC N90 tersedia dengan pilihan jarak roda antara 3,365mm hingga 4,800mm. Ini membolehkan penggunaan pelbagai konfigurasi badan seperti kotak kargo, badan peti sejuk dan badan binaan khas.

Dari segi mekanikal, JAC N90 dilengkapi nadi Cummins B4.5 diesel yang menepati piawaian Euro 5 dan menghasil 160PS & 540Nm. Nadi tersebut juga digadingkan dengan transmisi Eaton-Fuller ESO-6106A.

Menarik juga adalah kelengkapan kabin yang bukan sahaja luas, tetapi moden dan selesa. Ciri-ciri utama di sini termasuk tempat duduk dengan sistem gantungan udara, skrin sentuh 10.4-inci, serta panel meter LCD.Penting sekai, JAC N90 ini juga dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamtan aktif seperti sistem brek ABS, sistem anti-gelincir ASR, bantuan mendaki HAS, serta kawalan kestabilan elektronik ESC.

Akhir sekali, harga asas RM118,000 juga termasuk jaminan 6-tahun atau 300,000KM, serta program servis percuma sehingga 10,000KM.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis