Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 BYD ATTO 3 TIBA DI SIME MOTOR EXPO – 2 VARIAN, DARI RM125,800

05 Jun 2026
2026 BYD ATTO 3 TIBA DI SIME MOTOR EXPO – 2 VARIAN, DARI RM125,800
1 / 4

Tawaran EV C-SUV popular BYD Atto 3 tampil dengan versi model tahun 2026 terbarunya awal hari ini semasa hari pembukaan SIME Motor Expo yang berlangsung di The Arch Galleries, Kuala Lumpur, mulai hari ini.

Malaysia merupakan pasaran pertama di rantau Asia Pasifik melihat model versi terbaru ini dilancar. Dua varian diperkenalkan iatu Ultra dan Premium, dan semua dilengkapi pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan seperti:
- Pek bateri LFP lebih besar (Ultra - 60.48 kWh & Premium 74.88 kWh)
- Prestasi lebih tinggi (Ultra – 204PS & 310Nm, Premium – 313PS & 380Nm)
- Jarak gerak lebih jauh (Ultra – 480KM, Premium – 600KM)(NEDC)
- Pengecasan DC pantas lebih laju (Ultra – 110kW, Premium – 220kW)
- Setup pacuan roda belakang (RWD) bagi varian Premium
- Sistem gantungan (suspension) lebih cekap (varian Premium)
- Tambahan ‘frunk’ 10-liter (varian Premium)
- Infotainment skrinsentuh baru lebih besar 15.6 inci
- Tempat duduk hadap dengan fungsi pengudaraan sejuk
- Pakej ADAS ‘Standard’ (Ultra) dan ‘Enhanced’ (Premium)
- 6 (Ultra) dan 7 (Premium) beg udara dalam kabin

Dua-dua varian kini buka untuk tempahan di SIME Motor Expo yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini. Harganya bermula dari RM125,800 (Ultra) dan RM138,800 (Premium).

Harga termasuk jaminan kenderaan asas 6-tahun atau 150,000KM, waranti bateri voltan tinggi dan unit pacuan 8-tahun atau 160,000KM, serta adapter V2L dan unit pengecas 3-pin percuma. Tambahan pula, 500 pembeli terawal diberi nikmat khas seperti overtrade sebanyak RM10,000, dan juga pilihan antara pengecas wallbox percuma atau pakej servis standard percuma selama 6 tahun.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis