Sedikit berita dari luar KLIMS 2026. Walaupun baru sahaja dilancar awal bulan ini semasa SIME Motor Expo 2026, minat dan permintaan bagi 2026 BYD Atto 3 tetap kukuh.
Melalui siaran akhbar rasmi, BYD Sime Motors dedah ia telah raih lebih dari 1,000 tempahan dalam tempoh masa 10 hari sejak pelancaran rasmi tawaran EV SUV versi kemaskini tersebut.
Tambah syarikat itu lagi, pencapaian ini juga mengulang sejarah ketika model Atto 3 pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada Disember 2022 yang turut mencatatkan 1,000 tempahan dalam tempoh sama.
Malaysia telah menjadi pasaran pertama dalam rantau Asia Pasifik melihat BYD Atto 3 versi terbaru ini tampil. Perubahan kritikal diberi termasuk peningkatan kapasiti bateri, jarak gerak, kelajuan pengecasan AC & DC, serta prestasi keseluruhan.
Tempahan model ini masih dibuka melalui pengedar sah pada harga RM125,800 (Ultra) dan RM138,800 (Premium).




