Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 BMW 218 GRAN COUPE M SPORT CKD DILANCAR – DARI RM192,800

16 Jul 2026
2026 BMW 218 GRAN COUPE M SPORT CKD DILANCAR – DARI RM192,800
1 / 35

Kami sambung liputan dari pelancaran model-model baharu oleh BMW Group Malaysia sempena acara BMW Clubhouse 2026 yang berlangsung minggu ini, kali ini dengan model 2026 BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD baharu.

Varian terbaru model generasi kedua (kod casis: F74) ini yang juga dihasilkan melalui operasi pemasangan tempatan (CKD) tiba dengan pelbagai tambahan berbanding varian 218 Gran Coupe Sport yang ditawarkan sekarang oleh jenama premium Jerman ini.

Salah satu tambahan utama adalah sistem gantungan adaptif Adaptive M Suspension dengan tahap pelarasan terhad, serta pakej estetik luaran M Sport yang tampil dengan rupa lebih sporty serta agresif berbanding versi biasa yang disebut tadi.

Beralih ke kabin, antara tambahan utama baru di sini adalah sistem audio premium yang dibekalkan oleh Harman Kardon, serta paparan head-up display (HUD) baharu khas buat para pemandu.

Dari segi mekanikal, tiada perubahan boleh kami lapor. Seperti dalam varian 218 Gran Coupe Sport, varian M Sport baharu ini kongsi enjin 1.5-liter 3-silinder turbo petrol yang menjana 156PS & 230Nm, serta transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan Steptronic.

Beralih ke harga, tawaran varian baharu ini sudah buka untuk tempahan dengan harga asas RM192,800 tanpa insurans. Seperti biasa, angka ini naik ke RM204,800 jika pakej jaminan dan servis 5-tahun BMW Service & Repair Inclusive (BSRI) dipilih pembeli.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis