Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

ZEEKR 7X BLACK NOVA TIBA – 200 UNIT SAHAJA, RM235,000

10 Aug 2026
ZEEKR 7X BLACK NOVA TIBA – 200 UNIT SAHAJA, RM235,000
1 / 2

Zeekr Malaysia telah rasmi melancarkan Zeekr 7X Black Nova. Edisi khas ini terhad kepada 200 unit di seluruh negara, dan ia berharga RM235,000 – RM4,200 lebih mahal daripada varian AWD Performance yang menjadi asasnya.

Dalam versi Black Nova ini, tawaran EV SUV segmen-D ini diberi kemasan luaran serba hitam, rim aloi hitam 20 inci, serta kemasan ruang kabin dalaman hitam dan kelabu dua tona eksklusif.

Dari segi mekanikal, tiada perubahan di sini daripada varian 7X AWD di mana setup dwi-motor dengan pacuan semua roda (AWD) sedia ada kekal.

Dengan output 646PS dan 710Nm, pecutan0-100 km/j dicapai dalam 3.8 saat), manakala pek bateri NMC 100kW menjanjikan jarak gerak WLTP 543KM, serta sokongan pengecasan DC pantas 420kW yang menmbolehkan pengecasan10-80% dalam 16 minit.

Turut dilengkapi adalah angkup brek Akebono berwarna oren, sistem gantungan (suspension) udara dengan fungsi continuous control damping, pintu elektrik, upholsteri kulit Nappa, pelindung matahari tingkap sisi belakang berkuasa, Langsir Lampu Pintar Bersepadu Zeekr Stargate serta logo Zeekr yang bercahaya di tengahnya.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis