Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

XPENG G6 DIPASANG DI MELAKA, HARGA BERMULA RM158,888

16 Jul 2026
XPENG G6 DIPASANG DI MELAKA, HARGA BERMULA RM158,888

Bermaz XPENG Sdn Bhd semalam telah mengumumkan pemasangan tempatan bagi XPENG G6 Ultra Smart Coupe SUV, yang dipasang di kilang EP Manufacturing Berhad (EPMB) di Melaka. 3 varian CKD kini dibuka untuk tempahan, iaitu Standard Range, Long Range dan AWD Performance.

Model XPENG G6 ini yang dibina di atas platform SEPA 2.0 mengekalkan kebolehan pengecasan pantas 800 volt, membolehkan pengecasan dari 10 ke 80 peratus dalam 12 minit sahaja. Kesemua varian CKD dilengkapi XPILOT Assist, iaitu fungsi-fungsi ADAS seperti Adaptive Cruise Control, Lane Centering Control dan Autonomous Parking Assist

Harga bagi model yang dipasang tempatan ini kekal, bermula dari RM158,888, RM178,888, dan RM189,888 bagi varian Standard Range, Long Range dan AWD Performance.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Francis Lee berkata Kepimpinan XPENG dalam mobiliti yang dipacu kecerdasan buatan (AI) selari dengan halatuju Malaysia dalam mengukuhkan kebolehan domestik EV dan membina ekosistem masa hadapan yang kompetitif. 

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis