Volvo Car Malaysia (VCM) telah kembangkan program dan kempen keselamatannya yang dipanggil Selamat. Bulan ini, jenama Sweden tersebut akan menganjurkan acara program pemanduan defensif menerusi Volvo Selamat Driving Experience.
Program didikan pemanduan khas ini akan berlangsung di Driving Experience Centre, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 16 dan 17 Mei. Ia terbuka kepada mana-mana peserta yang berminat, akan tetapi slot adalah terhad.Yuran sebanyak RM300 akan dikenankan setiap peserta, tetapi pemilik semasa Volvo menikmati harga penyertaan diskaun serendah RM150. Peserta yang ingin sertai tanpa ambil bahagian dalam aktiviti panduan pula dikenankan yuran RM100.
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan ini:https://volvocarmalaysia.com/selamat-driving-experience
