Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

UM Dan BMW Demonstrasi Penyimpan Tenaga Solar Menggunakan Bateri EV Terpakai

07 May 2026
UM Dan BMW Demonstrasi Penyimpan Tenaga Solar Menggunakan Bateri EV Terpakai
1 / 6

Selepas memetrai persefahaman bersama Universiti Malaysia awal tahun ini, BMW menjemput media bagi memberikan kemaskini dan lawatan tapak bagi projek Hayat Kedua bagi bateri kereta elektrik dari syarikat itu.

Secara am, bateri yang mempunyai Tahap Kesihatan yang telah surut kepada kurang 80% tidak lagi optimum untuk kegunaan di dalam kenderaan. Akan tetapi, BMW dan UM telah menemui peranan baharu bagi bateri ini, dimana apabila tahap kesihatan ini berada di antara 80 ke 20 peratus, ianya boleh digunakan sebagai penyimpan tenaga solar, dan dapat menguasakan penggunaan elektrik di rumah! Aplikasi ini amat sesuai bagi kawasan pendalaman yang sukar mendapat bekalan elektrik.

UM telah memberikan demonstrasi sistem ini yang dapat menguasakan sebuah peti sejuk! Ini satu perkembangan menarik yang akan kami selami lebih mendalam dalam episod akan datang!

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis