Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

TRIUMPH MOTORCYCLES MALAYSIA LANCAR 2 MODEL DI AOS 2026

02 Aug 2026
TRIUMPH MOTORCYCLES MALAYSIA LANCAR 2 MODEL DI AOS 2026
1 / 23

Selepas Vespa Malaysia, tiba giliran Triumph Motorcycles Malaysia – satu lagi jenama bawah naungan Didi Group – untuk melancarkan produk-produk baharu sempena festival Art of Speed 2026 (AOS 2026) yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Tampil di ruang pameran jenama dua-roda ikonik British ini adalah 2026 Triumph Thruxton 400 dan 2026 Triumph Tracker 400 – masing-masing diposisikan sebagai tawaran motosikal retro klasik bergaya ‘cafe racer’ dan ‘flat-tracker’.

Dua-dua model ini kongsi nadi TR-Series yang dibangunkan Triumph sendiri. Berkapasiti 398cc, enjin silinder-tunggal degan sistem suntikan bahan api elektronik dan penyejukkan cecair ini menghasil 42PS dan 37.5Nm.

Nadi tersebut dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan manual, manakala casis dua-dua model dilengkapi tangki bahan api 13-liter, fork hadapan 43MM dengan monoshock boleh-laras belakang, brek cakera dengan sistem ABS dwi-saluran, serta rim aloi 17-inci.

Dua-dua mempunyai penggayaan tersendiri dan ergonomik tunggangan berlainan. Bermula dengan Thruxton 400, posisi dan setup handlebar rendah, serta rekaan ‘fairing’ aerodinamiknya, menggalakkan posisi tunggangan yang lebih agresif dan ‘sporty’.

Beralih ke Tracker 400 pula, tawaran tanpa ‘fairing’ dengan gaya lasak ini mempunyai setup handlebar yang lebih tinggi dan lebar. Sekali gus, ini menggalak posisi tunggangan lebih tegak dan tradisional juga.

Dua-dua model kini dibuka untuk tempahan pada harga asas RM27,900 (Tracker 400) dan RM29,900 (Thruxton 400) tanpa insurans dan kos pendaftaran. Termasuk sekali adalah jaminan waranti 2-tahun tanpa had batuan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis