UMW Toyota Motor (UMWT) telah kembangkan lagi barisan modelnya dengan 2026 Toyota Yaris Cross yang rasmi dilancar awal hari ini.
Ini adalah tawaran B-SUV dengan pilihan nadi hybrid (HEV) pertama daripada syarikat tersebut. Harganya pula cukup mampu milik:- Yaris Cross 1.5V – RM99,900- Yaris Cross 1.5 HEV – RM109,900
Termasuk dalam harga tersebut adalah jaminan waranti kenderaan asas selama 5-tahun tanpa had batuan. Bagi varian HEV, harga juga termasuk jaminan tambahan asing khusus bagi pek bateri dan komponen hybrid selama 8-tahun tanpa had batuan.
Dua-dua varian datang lengkap dengan pelbagai ciri-ciri moden, mewah dan canggih – sistem ADAS termasuk sekali. Tambahan pula, UMWT juga mendakwa kecekapan bahan api varian HEV cukup tinggi dengan purata penggunaan minyak serendah 3.6 litre/100KM.
Spesifikasi mekanikal model ini mirip apa yang dilengkapi dalam model sedan B-segmen Vios & Vios HEV. Penting sekali, model ini juga dibina secara pemasangan tempatan (CKD) oleh UMWT di kilangnya yang terletak di Bukit Raja, Shah Alam.








