Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

TEMPAHAN KINI BUKA UNTUK HONDA CITY VERSI KEMASKINI

27 Aug 2026
TEMPAHAN KINI BUKA UNTUK HONDA CITY VERSI KEMASKINI

Honda Malaysia telah rasmi umum tempahan kini sudah buka untuk Honda City versi kemaskini terbahru. Syarikat itu juga mengesahkan pembaharuan untuk barisan model City akan bermula dengan versi sedan dahulu.

Hanya satu imej teaser disiarkan oleh jenama lambang-H tersebut, dan perubahan pada rekaan lampu hadapan sedan segmen-B ini cukup nyata dengan tambahan light bar baharu, beserta rekaan ‘air curtain’ baharu yang memberi penampilan lebih dinamik.

Tambahan tersebut dilihatkan sebagai ciri-ciri khas buat varian RS. Syarikat tersrbut juga mengesahkan varian paling tinggi sekali ini akan menerima rekaan rim aloi 16-inci baharu dengan kemasan dwi-tona.

Melalui siaran akhbar rasminya, Honda Malaysia juga mengesahkan beberapa ciri-ciri utama baharu dalam kabin. Termasuk sekali adalah paparan skrin sentuh infotainmen 10-inci baharu yang lebih besar dengan antara muka yang lebih mudah.

Turut ditambah sekali adalah fungsi kamera parkir 360-darjah baharu, sistem pengesanan titik buta (Blind Spot Information) bersama bantuan fungsi pantauan aliran traffic (Cross Traffic Monitoring System).

Berbincang tentang sistem keselamatan, Honda Malaysia sekali lagi ketengahkan bahawa pakej batuan pemanduan (ADAS) Honda Sensing akan tersedia sebagai kelengkapan standard bagi semua varian.

Tipikal untuk mana-mana pembaharuan model tahap ini, tiada perubahan mekanikal akan diberi. Seperti versi kini, barisan Honda City sedan akan tersedia dengan pilihan enjin 1.5-liter 4-silinder petrol i-VTEC dan 1.5-liter 4-silinder petrol e:HEV hibrid.

Versi hibrid tersebut kekal menghasil 109PS dan 253Nm untuk memacu roda hadapan melalui transmisi automatik e-CVT, serta pilihan antara mod panduan EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive.

Varian bukan hibrid pula akan terus kekal dengan output 121PS dan 145Nm, serta padanan transmisi automatik CVT.

Sempena pembukaan tempahan bagi model versi baharu ini, Honda Malaysia akan menawar ganjaran ‘Early Bird Reward’ bernilai RM3,000 untuk pelanggan yang menempah City baharu ini dari 27 Ogos hingga 30 September 2026.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis