Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

TAMBANG PERCUMA LRT 3 SHAH ALAM DILANJUTKAN SEHINGGA 14 OGOS

03 Aug 2026
TAMBANG PERCUMA LRT 3 SHAH ALAM DILANJUTKAN SEHINGGA 14 OGOS
1 / 3

Rapid KL telah mengumumkan  tempoh perkhidmatan percuma untuk Laluan LRT 3 Shah Alam telah dilanjutkan sehingga 14 Ogos. Pada mulanya, inisiatif perjalanan percuma ini sepatutnya berakhir pada 31 Julai.

Dalam satu kenyataan rasmi, Rapid KL berkata lanjutan perkhidmatan percuma ini akan memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk menikmati laluan tersebut dan membiasakan diri dengan sistem baharu yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Kiang.

Rapid KL  berharap lanjutan tambang percuma ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna, mengurangkan kos perjalanan harian, serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kecekapan dan keselesaan sistem pengangkutan awam negara.

Dilancarkan secara rasmi pada 28 Jun oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Laluan LRT 3 Shah Alam merupakan laluan kereta api sepanjang 37.8KM yang beroperasi dari Johan Setia,Klang ke Bandar Utama, PJ. Terdapat 20 stesen secara keseluruhan yang melayani pusat-pusat penduduk yang besar di Klang, Shah Alam dan Subang.

Prasarana mengatakan bahawa terdapat dua juta orang yang tinggal di sepanjang laluan tersebut, dan ia menjangkakan seramai 67,000 penumpang sehari untuk tahun operasi pertama, meningkat kepada 117,708 sehari dalam tempoh lima tahun.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis