Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

SUZUKI JIMNY VERSI ‘PLUS’ & FRONX SPORT TIBA DI MALAYSIA

06 Jun 2026
SUZUKI JIMNY VERSI ‘PLUS’ & FRONX SPORT TIBA DI MALAYSIA
1 / 6

Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors) telah rasmi lancarkan beberapa tawaran baharu dan khas untuk pasaran tempatan lewat petang semalam.

Kami mula dengan SUV 4x4 lasak kompak terkemuka jenama lambang-S ini dahulu iatu Jimny. Model tersebut kini tersedia dalam versi AllGrip Plus dan Rhino Plus . Dua-duanya menerima pelbagai ciri keselamatan, keselesaan dan kemudahan tambahan berbanding versi tiga dan lima pintu sedia ada.

Ini termasuk pakej sistem bantuan pemanduan (ADAS) yang merangkumi fungsi ACC, LDW & LDP, AHB, ESS, serta sistem brek DSBS II yang lebih cekap. Tambahan keselamatan di sini juga termasuk beg udara ‘curtain’ dan sisi, serta kamera undur.

Tiada perubahan ketara dari segi trenkuasa kami boleh lapor, manakala pakej aksesori tambahan bagi varian Rhino juga tampil sama seperti dahulu. Menarik sekali, harga jualan RM158,900 (AllGrip Plus) dan RM173,900 (Rhino Plus) juga tiada perubahan.

Beralih ke tawaran SUV segmen-B terbaru jenama ini yang dikenali Fronx, ia kini tampil dengan satu tambahan varian khas baharu yang dikenali sebagain Fronx Sport. Varian khas ini ditawarkan pada harga RM130,888 tanpa insurans.

Seperti apa yang kami boleh lihat, varian khas ini tampil dengan pelbagai tambahan penggaayaan sporty dan mewah. Ini termasuk set aerokit penuh, rim 17-inci yang disarung tayar jenis UHP jenama Continental, serta hiasan pelekat (decal) khas.

Selain tambahan varian khas ini, Suzuki Cars Malaysia juga umumkan pengurangan harga jualan buat model Fronx versi standard. Harga asal RM147,888 tawaran ini telahpun dikurangkan ke RM118,888 sahaja sekarang.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis