Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

SUZUKI eVITARA TIBA – 426KM WLTP, RM188,000, STOK TERHAD

26 Jun 2026
SUZUKI eVITARA TIBA – 426KM WLTP, RM188,000, STOK TERHAD
1 / 8

Naza Eastern Motors (Suzuki Malaysia) telah kembangkan barisan produknya dengan pelancaran tawaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya – Suzuki eVitara.

Diumumkan awal hari ini, Suzuki eVitara adalah ‘kembar’ pada Toyota Urban Cruiser EV yang telah dilancarkan UMW Toyota Motor (UMWT) pada bulan April lalu – model ini dkongsi dan dibangunkan dua-dua jenama di India dahulu.

Menarik sekali, model versi Suzuki ini ditawarkan pada harga sedikit murah berbanding kembarnya yang berlambang Toyota. Harga yang diumumkan Naza Eastern Motors untuk tawaran ini adalah RM188,000 – kurang RM10,000 dari versi Toyota.

Termasuk dalam harga tersebut adalah jaminan waranti kenderaan asas 5-tahun, jaminan 5-tahun atau 100,000KM atas komponen-komponen EV, dan jaminan 8-tahun atau 160,000KM bagi pek bateri voltan tingginya.

Tidak seperti apa UMWT lakukan, Naza Eastern Motors berkata peruntukkan Suzuki eVitara ini adalah terhad, tetapi syarikat tersebut enggan beritahu berapa unit ia bakal import dan jual untuk pasaran tempatan.

Spesifikasi mekanikal Suzuki eVitara ini dikongsi sama dengan Toyota Urban Cruiser. Ini termasuk pek bateri LFP yang dibekali BYD berkapasiti 61.1kWj, serta setup motor hadap tunggal yang menghasil 174PS & 193Nm dan pacuan roda hadapan (FWD).

Angka jarak gerak maksima WLTP dan kelajuan pengecasan juga semua sama – 426KM, 7kW dan 67kW masing masing. Tahap prestasi juga tiada beza – pecutan 0-100km/j dalam 7.4 saat dan kelajuan maksima terhad 150km/j.

Selain itu, tawaran EV versi Suzuki ini juga kongsi kelengkapan utama sama dengan kembar Toyota yang disebut tadi. Termasuk sekali di sini adalah pakej bantuan pemanduan (ADAS) Tahap 2.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis