Stellantis Malaysia telah rasmi umumkan satu perubahan kritikal terhadap operasi pengedaran serta status operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi jenama Leapmotor di Malaysia.
Pertama sekali, Stellantis kini telah melantik syarikat pengedaran kenderaan tempatan terkemuka Cycle & Carriage (C&C) untuk menjalankan tugas operasi pengedaran utama bagi jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China tersebut untuk pasaran Malaysia.
Satu majlis tandatangan dan pengumuman rasmi bagi ini diadakan awal hari ini yang dihadiri Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, dan Adrian Short, Ketua Pengarah Urusan C&C.
Langkah ini menandakan satu perkembangan baru terhadap kerjasama antara dua-dua pihak yang mula dijalinkan sejak 2024 di mana C&C telah tampil sebagai pengedar sah jenama-jenama utama Stellanits, terutamanya Peugeot dan kemudian Leapmotor.
Selain itu, pihak Stellantis juga mengesahkan bahawa operasi CKD untuk model Leapmotor C10 yang rasmi dilancarkan pada bulan Disember lalu sudah bermula di kilang miliknya yang terletak di Gurun, Kedah.
Pihak Stellantis tambah langkah-langkah baharu ini bakal memupuk perkembangan jenama Leapmotor dalam pasaran tempatan dari segi jualan serta pembangunan rangkaiannya.
Hos kami akan bincang dan kupas secara mendalam tentang perkembangan ini dalam episod penuh akan datang, jadi nantikan.


