Pelancaran rasmi 2026 BYD Atto 3 dan 2026 Ford Everest yang berlangsung Jumaat lalu merupakan pembuka tirai bagi Sime Motor Expo 2026.
Berlangsung sepanjang hujung minggu ini dari Jun 5 ke Jun 7 di XOX Arena, The Arch Galleries, Kuala Lumpur, acara jualan kenderaan tahunan anjuran gergasi pengedaran automotif tempatan ini tampil dengan beberapa jenama-jenama premium utamanya.
Selain BYD (BYD Sime Motors) dan Ford (Sime Auto Connexion), jenama lain dari portfolio kumpulan tersebut yang tampil disini termasuk BMW (BMW, MINI & BMW Motorrad) melalui Auto Bavaria, Hyundai melalui Hyundai Sime Motors Malaysia, Volvo melalui Sime Darby Swedish Auto, serta Denza melalui Denza Sime Motors.
Seperti biasa, semua jenama dan produk yang tampil disini ditawar dengan pelbagai promosi jualan. Bergantung pada jenama, model serta jenis kenderaan, ini termasuk rebat, pakej pembiayaan khas, pelbagai hadiah percuma serta nikmat-nikmat tambahan premium dengan setiap pembelian.






