Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

SIME BEYOND AUTO LANCAR PUSAT 1S BYD SRI PETALING

13 Jul 2026
SIME BEYOND AUTO LANCAR PUSAT 1S BYD SRI PETALING
1 / 6

Rangkaian bilik pameran jenama BYD yang dikendali Sime Beyond Motors – anak syarikat Sime Motors – telah dikembangkan. Baru baru ini, syarikat tersebut telah rasmi membuka pusat 1S BYD baharu di kawasan Sri Petaling, Kuala Lumpur.

BYD Sri Petaling kini beroperasi dalam rangkaian Sime Beyond Motors yang juga merangkumi cawangan-cawangan lain seperti BYD Mansion Macalister (Pulau Pinang), BYD Ara Damansara (Selangor), BYD Mid Valley Southkey dan BYD Tebrau (Johor), serta BYD Kuala Lumpur @ TREC (Kuala Lumpur).

Walaupun sudah beroperasi sepenuhnya, Sime Beyond Auto juga memaklumkan pusat jualan terbaru ini di Sri Petaling ini akan melalui kerja-kerja naik taraf bermula bulan hadapan (Ogos). Syarikat tersebut jugas sahkan sebuah konsep jualan bertema sukan akan diperkenalkan melalui naik taraf ini.

“Setiap cawangan baharu melambangkan usaha kami untuk membawa pengalaman BYD lebih dekat kepada rakyat Malaysia, di samping meningkatkan standard kecemerlangan dalam jualan runcit automotif serta perkhidmatan selepas jualan,” kata Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran Malaysia, Sime Motors, Vi Thim Juan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis