Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

ROYAL ENFIELD HIMALAYAN 450 MANA BLACK EDITION TIBA – RM32,700

19 Jul 2026
ROYAL ENFIELD HIMALAYAN 450 MANA BLACK EDITION TIBA – RM32,700
1 / 18

Royal Enfield Malaysia (Didi Group Malaysia) telah rasmi lancarkan satu tambahan baru buat barisan modelnya iaitu Royal Enfield Himalayan 450 Mana Black Edition.

Berasaskan model adventure-touring Himalayan 450, versi Mana Black edition ini adalah satu edisi yang memberi penghormatan kepada Laluan Mana (Mana Pass) –kawasan yang dikenali sebagai salah satu laluan altitud tinggi paling mencabar di dunia.

Edisi ini diberi kemasan Stealth Black dengan perincian matte, pelindung tangan Rally Hitam, tempat duduk Rally Hitam untuk keselesaan jarak jauh yang dipertingkatkan, pelindung lumpur Rally yang direka untuk laluan lasak, dan roda berjejari tanpa tiub yang menawarkan ketahanan dengan kemudahan moden.

Dikuasakan dengan nadi enjin 411cc silinder tunggal dengan penyejukan udara yang menghasilkan 40PS dan 40Nm, motosikal ini memberikan prestasi dan ketangkasan platform Himalaya baharu yang diperhalusi lagi khas buat peminat anf penggiat tunggangan lasak tempatan.

Tempahan kini dibuka di kesemua lapan pengedar sah Royal Enfield di seluruh negara pada harga asas RM32,700 (tanpa insurans, cukai jalan, dan kos pendaftaran). Termasuk sekali adalah jaminan waranti 3 tahun tanpa had batuan, serta pakej Bantuan Tepi Jalan (RSA) 3 tahun rasmi Royal Enfield.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis