Royal Enfield Malaysia (Didi Automotive Sdn Bhd) telah kembangkan lagi barisan modelnya untuk pasaran tempatan. Awal minggu ini, mereka telah melancar tawaran Royal Enfield Goan Classic 350 baharu.
Model ini tampil dengan rekaan dan gaya motosikal klasik ‘bobber’ serta pelbagai kelengkapan moden seperti lampu hadapan dan belakang LED penuh, pod navigasi Tripper, dan port pengecas USB-C.
Nadinya pula adalah sebuah enjin 349cc silinder tunggal yang mengguna penyejukan udara-minyak yang menghasil 20HP & 27Nm. Ia memacu roda belakang melalui transmisi 5-kelajuan manual serta pacuan rantai.
Chassisnya jugak cukup moden di mana ia dilengkapi brek cakera 300MM (hadapan) dan 270MM (belakang) dengan sistem ABS dwi-saluran, serta sistem gantungan hadapan teleskopik 41MM yang dipadan dengan penyerap hentak belakang kembar.
Apa yang bantu kekal rupa dan gaya klasik adalah rim jejari (spoked wheels) bersaiz 19-inci (hadapan) dan 16-inci (belakang). Menarik juga adalah pilihan warna yang ditawarkan – Shack Black, Purple Haze, Trip Teal dan Rave Red.
Bergantung pada pilihan warna, harga asas Royal Enfield Goan Classic 350 ini juga cukup mampu-milik di antara RM25,200 hingga RM25,500. Harga termasuk jaminan waranti 3-tahun tanpa had batuan.


