Selain produk baharu, gergasi pengedaran dua roda tempatan iatu MForce Bike Holdings Sdn Bhd juga telah umumkan tambahan satu lagi jenama baharu yang ia bakal edar tidak lama lagi.
Awal minggu ini, syarikat yang bertapak di Bukit Mertajam, Penang itu dedah mereka dilantik secara rasmi untuk mengedar jenama ZXMoto . Seperti kebanyakan jenama-jenama sedia ada yang syarikat itu memegang, ZXMoto juga datangnya dari China.
Pengumuman tersebut dibuat sejurus selepas wakil MForce, diketuai Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad terbang ke Chongqing, China bagi menemui pengasas ZXMOTO, Zhang Xue.
Walaupun usianya tidak sampai 10 tahun, jenama ZXMoto ini yang diasaskan pada 2017 telah mencipta sejarah baru-baru ini apabila jenteranya berjaya menjuarai dua perlumbaan dalam pusingan terbaru kejohanan World Supersport (WSSP) 2026. Dengan itu, ZXMoto telah menjadi jenama dua-roda China pertama untuk memenangi perlumbaan dalam kejohanan tersebut.
Antara model yang dijangka akan dipasarkan di Malaysia termasuk ZXMoto 820RR, 500RR dan 500F.
