Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PUSPAKOM PERKENALKAN KHIDMAT G.E.A.R. BAHARU

19 Jul 2026
PUSPAKOM PERKENALKAN KHIDMAT G.E.A.R. BAHARU

Syarikat pemeriksaan kenderaan Puspakom telah rasmi memperkenalkan pilihan khidmat tempahan premium baharu yang menawarkan temu janji pemeriksaan pada hari berikutnya untuk kenderaan persendirian di pusat-pusatnya yang terpilih.

Dipanggil Tempahan Akses Awal GiCheck (G.E.A.R), perkhidmatan baharu ini tersedia mulai 19 Julai di platform tempahan dalam talian GiCheck. Contohnya, pelanggan boleh menetapkan temu janji pada Ahad ini untuk pemeriksaan Isnin depan, 20 Julai.

Buat masa ini, G.E.A.R hanya tersedia pada hari bekerja di cawangan-cawangan Puspakom di Batu Caves, Glenmarie dan Wangsa Maju sebagai sebahagian daripada pelaksanaan rintis (pilot). Yuran pengenalan khidmat ini ialah RM150 setiap kenderaan.

Puspakom menambah bahawa G.E.A.R akan manfaatkan kepada pemilik kenderaan persendirian, pembeli dan penjual yang melengkapkan pemindahan pemilikan, serta pelanggan yang mempunyai keperluan pemeriksaan yang sensitif terhadap masa.

Perkhidmatan baharu rupakan tindak balas Puspakom terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk fleksibiliti temu janji yang lebih besar, terutamanya semasa tempoh puncak seperti akhir bulan, musim perayaan dan tempoh transaksi yang tinggi.

Puspakom juga menyatakan G.E.A.R tidak menjejaskan slot temu janji biasa – ini terus tersedia untuk pelanggan di seluruh negara. Hanya sedikit peruntukan daripada kapasiti pemeriksaan harian cawangan yang mengambil bahagian akan dikhaskan untuk G.E.A.R, tambah Puspakom lagi.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis