Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PUSAT PENGECAT BAHARU INOKOM MULA BEROPERASI DI KULIM

14 Aug 2026
PUSAT PENGECAT BAHARU INOKOM MULA BEROPERASI DI KULIM
1 / 12

Syarikat pemasang kenderaan Inokom Corporation Sdn Bhd (Inokom) yang dimiliki kumpulan Sime Motors telah dedah sebuah tambahan pusat pengecat baharu di fasiliti pemasangan kenderaannya yang berkeluasan 200-ekar di Kulim, Kedah.

Dikenali sebagai Paint Shop 3 (PS3), kemudahan baharu ini dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menarik sekali, pembangunan PS3 adalah hasil manfaat daripada kerjasama rapat dengan pasukan sokongan teknikal Mazda yang menyediakan pemindahan pengetahuan, latihan serta bimbingan teknikal kepada kakitangan Inokom sepanjang fasa pemasangan dan pentauliahan.

Dibina dengan pelaburan sebanyak RM300 juta, PS3 membolehkan Inokom meningkatkan keupayaan pengeluaran dalam operasinya. Ini juga termasuk keperluan pengeluaran untuk jenama Mazda dan, dalam masa yang sama, menyediakan kapasiti dan fleksibiliti untuk pelanggan CKD yang lain.

Selain melayan keperluan pelbagai model kenderaan dan spesifikasi warna, PS3 menawarkan fleksibiliti untuk meningkatkan jumlah pengeluaran dan menampung keperluan masa hadapan.

PS3 beroperasi dengan dua shif yang mampu mengecat sehingga 50,000 badan kenderaan setahun, pada kadar 15 unit sejam. Ia juga berkemampuan untuk mengecat komponen-komponen plastik. Inokom menekan bahawa PS3 membolehkan syarikat tersebut mengecat sehingga 100,000 badan kenderaan setahun.

Sebahagian besar operasi PS3 adalah berasaskan automasi yang pada terasnya terdiri daripada sistem pra-rawatan dan elektro-pemendapan (PTED) automatik. Ia juga dilengkapi rangkaian penghantar automatik sepanjang 1,053 meter yang merangkumi sistem monorel elektrik, landasan penggelek, mesin pengangkat dan meja putar.

Semua ini menyokong pergerakan yang lancar dan berterusan sepanjang proses pengecatan, sekali gus membolehkan peningkatan pengeluaran yang stabil dan kadar pengeluaran yang boleh dipercayai.

Dari segi kelestarian alam sekitar, PS3 juga dibina dengan Sistem Regenerative Thermal Oxidiser (RTO) yang disambungkan kepada empat relau.  Rekaan ini mampu mengurangkan kira-kira 60%  pelepasan karbon dioksida (CO₂) melalui proses penguraian sebatian organik meruap, serta penggunaan semula haba yang dipulihkan.

PS3 juga mengguna sistem penapisan dry scrubber yang menghapuskan penggunaan air dalam operasi bilik semburan cat, dan ini membantu mengurangkan impak alam sekitar dan keperluan penyelenggaraan.

Selain itu, Inokom berkata PS3 turut direka untuk bersedia menggunakan cat berasaskan air pada masa hadapan. Ini bakal membolehkan peralihan lancar kepada teknologi salutan yang lebih mesra alam yang selaras dengan keperluan industri.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis