Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PUSAT 4S CFMOTO DILANCARKAN DI KUALA SELANGOR

08 Jul 2026
PUSAT 4S CFMOTO DILANCARKAN DI KUALA SELANGOR
1 / 4

CFMoto Flagship Store kini dibuka di Kuala Selangor, oleh syarikat jualan GC Ann Motor Enterprise Sdn Bhd. Premis dirasmikan oleh Datuk Noorazley Yahya, ADUN Bukit Melawati semasa acara pembukaannya baru-baru ini.

Pusat yang bertaraf 4S ini mempunya ruangan pameran 2 tingkat, bagi melaksanakan operasi jualan, servis, alat ganti dan juga kerja-kerja body. Bilik pameran yang baharu ini juga mempamerkan aksesori motosikal, seperti jenama LS2.

Syarikat GC Ann Motor Enterprise yang telah beroperasi lebih 25 tahun, mula bekerjasama dengan Mforce Bike sejak tahun 2023, dan pusat pameran CFMOTO ini merupakan pusat yang keempat di Selangor dan kesebelas di seluruh negara.

Pusat ini turut menawarkan diskaun sehingga 18% bagi pembelian barangan merchandise terpilih.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis