Chery Malaysia telah umum pembukaan rasmi pusat pameran Chery Alor Setar baharu. Pusat berstatus 3S (jualan, servis dan alat ganti) ini telah berpindah ke lokasi baharu, dan kini tampil degan identiti jenama terbaru syarikat tersebut.
Terletak di Lot 304, Lorong Perak 16, Jalan Perusahaan Mergong 2, pusat pameran ini telah diperbaharui dengan estetik berkonsep ‘Generasi 4.0’ yang mencerminkan elemen sofistikasi, inovasi dan fokus kepada pelanggan.
Dikendalikan oleh rakan pengedar Indah Utara Enterprise Sdn Bhd yang turut mengendalikan pusat 3S Chery di Sungai Petani, pusat 3S Chery Alor Setar ini berkeluasan 877 meter persegi dan dilengkapi dengan empat ruang servis.
Pengunjung Chery Alor Setar boleh melihat dengan lebih dekat rangkaian penuh kenderaan Chery dalam suasana yang mesra dan kontemporari, serta berehat di ruang istirahat pelanggan sementara menunggu kenderaan mereka yang sedang diservis.
Bahagian bilik pameran pusat 3S Chery Alor Setar baharu ini beroperasi setiap hari dari jam 9AM hingga 6PM pada Isnin hingga Ahad, termasuk cuti umum, bagi menawarkan kemudahan dan akses yang lebih baik untuk pelanggan.
Bahagian pusat servis pula beroperasi dari jam 9AM hingga 6PM setiap Ahad hingga Khamis dan ditutup pada hari Jumaat serta cuti umum.



