Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PROTON TANJONG MALIM KINI HASIL ENJIN HIBRID, PHEV, MOTOR & TRANSMISI EV

23 Jun 2026
PROTON TANJONG MALIM KINI HASIL ENJIN HIBRID, PHEV, MOTOR & TRANSMISI EV
1 / 5

Awal hari ini, syarikat auotmotif nasional Proton telah dedah perkembangan operasi kilang trenkuasa baru yang didirikan pada 2022 di Tanjong Malim, Perak. Kini, kilang tersebut sudah mula menghasil beberapa trenkuasa kenderaan tenaga baru (NEV) yang berteknologi tinggi.

Trenkuasa yang kini dihasilkan tenaga kerja tempatan di kilang tersebut merangkumi enjin khas hibrid (Dedicated Hybrid Engine – DHE) dan transmisi khas (Dedicated Hybrid Transmission – DHT) bagi model-model hibrid dan plug-in hybrid (PHEV), serta unit pacuan elektrik (Electric Drive Unit – EDU) khas untuk kenderaan elektrik penuh (EV).

Proton menekan bahawa ia telah melabur lebih dari RM121 juta sejak pelancaran kilang tersebut untuk mengembangkan kebolehan dan kapasiti pengeluarannya. Kini, kilang tersebut sudah direka untuk mengeluarkan sebanyak 240,000 enjin setiap tahun. Angka ini bakal naik ke 400,000 enjin setiap tahun menjelang tahun 2028.

Menariknya, DHE, DHT, dan EDU dari kilang ini bakal digunakan model-model Geely yang dipasarkan rakan kongsi tersebut di Vietnam, Afrika Selatan, serta pasaran lain sejauh Mexico. In adalah tambahan atas penerima utama output kilang ini iaitu model-model Proton sendiri untuk pasaran domestik dan – penting sekali – pasaran eksport.

Satu lagi sudut perbincangan kritikal di sini adalah penyetempatan (localisation), dan Proton menyata ia juga telah bangunkan sebuah rangkaian bekalan utama bersama 16 vendor, dan sekurang-kurangnya 8 daripada mereka merupakan syarikat tempatan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis