Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PROTON SUMBANGKAN 8 ENJIN KEPADA INSTITUSI TVET TEMPATAN

01 Jun 2026
PROTON SUMBANGKAN 8 ENJIN KEPADA INSTITUSI TVET TEMPATAN
1 / 3

Lewat minggu lepas, syarikat automotif nasional Proton dedahkan bahawa ia telahpun menyumbang sebanyak lapan buah enjin kepada beberapa institusi pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terpilih serta pusat pengajian tinggi di Malaysia.Antara institut dan universiti yang menerima enjin-enjin berkenaan termasuk

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang di Terengganu, Kolej Vokasional Arau di Perlis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti DRB-HICOM, serta Institut Proton (ADTEC) Melaka.Unit enjin yang disumbangkan akan digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi pelbagai aplikasi teknikal.

Ini termasuk modul latihan pemasangan dan pembukaan enjin, diagnostik, pengenalan kepada ECU, analisis komponen, dan juga latihan penyelenggaraan praktikal bagi institusi-institusi ini kata Proton melalui siaran akhbar rasminya tentang inisiatif ini.Selain enjin jenis pembakaran tradisional (ICE),

Proton juga menyatakan rancangan untuk memperluaskan inisiatif ini dengan melibatkan komponen berkaitan EV sebagai sebahagian daripada usaha berterusan mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan. Pekara ini disahkan Timbalan CEO Proton Datuk Ir. Abdul Rashid Musa dalam siaran akhbar yang sama.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis