Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

Proton Rekodkan Peningkatan 40.9% Banding Tahun Lepas

07 May 2026
Proton Rekodkan Peningkatan 40.9% Banding Tahun Lepas
1 / 4

Proton meneruskan momentum positif jualannya bagi tahun 2026. Bulan lepas (April), sebanyak 18,156 unit jualan telah direkod, manakala jumlah jualan terkumpul tahun-ke-tarikh (YTD) kini mencecah 67,298 dan meningkat 40.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Saga tetap berdiri sebagai model paling laris bagi Proton. Bulan lepas, sedan mampu milik tersebut kembali menunjukkan peningkatan ketara dengan lonjakan jualan 50.9% kepada 8,207 unit susulan penyelesaian isu bekalan yang menjejaskan penghantarannya sebelum ini.

Proton S70 versi kemaskini 2026 juga rekodkan prestasi jualan terbaik setakat ini dengan 2,377 unit terjual. Tawaran sedan segmen-C itu kini merekodkan jumlah jualan YTD sebanyak 8,175 unit unutk menandakan peningkatan sebanyak 32.3% berbanding tahun sebelumnya.Model X50 kekal lagi sebagai model SUV paling laris dari Proton degan 2,603 unit terjual, manakala jumlah jualan YTD model itu kini mencapai 10,174 unit. Proton X90 versi kemaskini pula mencatatkan jualan 462 unit sepanjang April dan naik 43% berbanding bulan sebelumnya.

Melalui cabang Proton e.MAS pula, sebanyak 3,420 unit model-model EV dan PHEV juga terjual sepanjang bulan lepas. Prestasi ini berdiri sebagai pencapaian bulanan tertinggi jenama tersebut itu setakat ini, manakala jumlah jualan YTD baginya pula telahpun capai 11,664 unit.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis