Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PROTON JUAL HAMPIR 17,000 KENDERAAN PADA BULAN MEI 2026

08 Jun 2026
PROTON JUAL HAMPIR 17,000 KENDERAAN PADA BULAN MEI 2026
1 / 5

Syarikat kenderaan nasional Proton baru-baru ini mendedah jualan bulanannya untuk bulan Mei 2026 hampir mencecah 17,000 unit. Menurut siaran akhbar rasminya, syarikat yang bertapak di Tanjong Malim itu berjaya menjual 16,995 unit kenderaan bulan lepas.

Dalam kenyataan yang sama, Proton sahkan model Saga masih lagi tawaran terlarisnya dengan 7,398 unit terjual bulan lepas. Jumlah tersebut melihat Saga berdiri sebagai model kenderaan dengan jualan terpaling laris di Malaysia bagi bulan tersebut.

Tambahan pula, Proton juga sahkan jumlah jualan model Saga bagi seluruh tahun setakat ini juga telah mencecah 37,375 unit. Ini menandakan peningkatan tahunan sebanyak 41% berbanding prestasi jualannya pada masa yang sama tahun lepas.

Selain Saga, tawaran SUV kompak segmen-B iatu X50 juga berdiri sebagai model kedua paling laris terjual oleh Proton bulan lepas. Sebanyak 12,676 unit diserahkan pada pembeli, dan ini mengekalkan statusnya sebagai SUV pilihan utama di Malaysia juga.

Masih lagi dengan X50, jualannya bagi seluruh tahun setakat ini juga telah mencecah 12,967 unit dan sekaligus menandakan peningkatan tahunan sebanyak 33.6% peratus berbanding prestasi jualannya pada masa yang sama tahun lepas.

Beralih ke produk tenaga baharu (NEV) pula, sub-jenama Proton e.MAS berjaya mencatat jualan bulanan sebanyak 3,022  unit (termasuk eksport) pada bulan lepas. Dorongan utama datang dari jualan e.MAS 7 PHEV dengan 1,181 unit terjual.

Model e.MAS 5 pula mencatat jumlah jualan bulanan sebanyak 883 unit. Proton juga tambah dengan penstabilan operasi pemasangan tempatan (CKD), model e.MAS 7 elektrik penuh (EV) mencatat jumlah jualan bulanan sebanyak 958 unit.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis