Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PROTON E.MAS 5 KINI DIEKSPORT KE NEPAL

03 Aug 2026
PROTON E.MAS 5 KINI DIEKSPORT KE NEPAL
1 / 4

Proton telah meluaskan operasi eksportnya, khususnya dengan model elektrik (EV) e.MAS 5. Baru-baru ini, Nepal tampil sebagai pasaran antarabangsa kedua di manai model tersebut dieksport ke awal bulan ini.

Menurut Proton International Corporation Sdn Bhd (PICSB), Proton e.MAS 5 diperkenalkan di Nepal oleh Jagdamba Motors, pengedar sah Proton di negara tersebut. Ini adalah EV kedua Proton yang diperkenalkan di negara itu selepas e.MAS 7 yang tiba pada 2025.

Model tersebut tampil melalui sebuah acara pelancaran rasmi di Kathmandu yang dihadiri wakil Kedutaan Malaysia di Nepal, pegawai kerajaan, rakan perniagaan, serta wakil media dan tetamu jemputan.

"Pelancaran Proton e.MAS 5 di Nepal merupakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan eksport kami dan membuktikan keyakinan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap jenama Proton e.MAS," kata Edmund Lim Meng Thong, Ketua Pegawai Eksekutif PICSB.

Di Nepal, Proton e.MAS 5 ditawarkan dalam varian Prime dan Premium, serta diposisikan sebagai SUV elektrik kompak yang direka untuk memenuhi keperluan mobiliti harian, serta keperluan pelanggan di kawasan bandar yang semakin berkembang.

Sempena pelancarannya, pengedar rasmi Jagdamba Motors turut memperkenalkan kempen harga pengenalan khas untuk pembeli terawal dengan harga Rs. 35 lakh (RM94,310) bagi varian Prime dan Rs. 40 lakh (RM107,783) bagi varian Premium.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis