Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PROTON BAKAL PASANG KOMPONEN xEV DI TANJUNG MALIM

03 Apr 2026
PROTON BAKAL PASANG KOMPONEN xEV DI TANJUNG MALIM
Proton sah ia akan memasang komponen utama bagi model-model tenaga baru (xEV), terutamanya motor elektrik dan transmisi khas hybrid (Dedicated Hybrid Transmission – DHT) di kilang utamanya yang terletak di Tanjong Malim, Perak.

Perkara ini diumumkan oleh DRB-Hicom – syarikat induk Proton – melalui satu kenyataan rasmi yang bertindak sebagai respon balas terhadap kenyataan daripadan Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) baru-baru ini bagi di mana ia menegaskan dasar pelaburan dan sektor automotif tempatan.

Proton tambah pemasangan tempatan komponen-komponen utama tersebut akan menyokong model-model dilengkapi teknologi elektrifikasi (hybrid dan elektrik penuh). Proton juga menekan kebolehan teknologi dan pengilangan termaju ini akan dipacu oleh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim.

“Kami komited sepenuhnya untuk menyokong aspirasi perindustrian dan mobiliti jangka panjang kerajaan dengan memperkukuh ekosistem automotif tempatan, membangunkan bakat Malaysia dan menyumbang kepada pertumbuhan industri yang mampan,” kata Tan Sri Syed Faisal Albar, pengerusi Proton dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom.
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis