Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PIAM Menilai Semula Struktur Perlindungan Bagi EV

07 May 2026
PIAM Menilai Semula Struktur Perlindungan Bagi EV
1 / 4

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah menganjurkan sesi taklimat media tahunannya semalam, dan banyak kami serap bersama Chua Kim Soon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) persatuan tersebut.

Pertama sekali, Chua sahkan PIAM sedang menilai semula struktur perlindungan bagi kenderaan elektrik (EV), termasuk kesan-kesan terhadap premiumnya pada masa depan susulan peningkatan kos baik pulih dan tuntutan bagi jenis kenderaan tersebut.

“Selain bateri yang mewakili sekitar 30 hingga 50% kos EV, sistem bantuan pemandu (ADAS) turut menyumbang kepada peningkatan kos tersebut. Isu logistik alat ganti turut memberi kesan kepada peningkatan kos tuntutan terutama bagi model yang alat gantinya dibawa masuk dari luar negara, khususnya dari China," sambung Chua lagi.

Chua turut berkata walaupun kenaikan harga alat ganti ketika ini masih pada kadar satu digit, tekanan kos semakin dirasai terutama membabitkan EV dan kenderaan yang bergantung kepada komponen import.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis