Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

Perodua Traz Dieksport ke Sri Lanka

28 Jul 2026
Perodua Traz Dieksport ke Sri Lanka

Model Perodua Traz kini dieksport ke Sri Lanka, bersama dengan model Alza. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, negara itu kekal sebagai pasaran eksport terbesar bagi Perodua - lebih 20,000 terjual sejak tahun 1997. 

Menurut laporan, jumlah keseluruhan industri bagi kereta di Sri Lanka menjangkau 900 ribu unit bagi negara yang mempunyai lebih 21 juta penduduk. Negara itu pernah menutup pasaran kenderaan import pada tahun 2020, sehingga dibuka semula pada tahun 2025.

Perodua juga kini mengeksport model siap dipasang (CBU) ke enam negara - Brunei, Fiji, Mauritius, Bangladesh, Papua New Guinea dan Sri Lanka.

“Kami juga merancang untuk mengeksport kenderaan Pre-Owned Vehicles kami dan setakat ini, kami telah mengembangkan pasaran termasuklah ke Timor Leste tahun ini,” kata Datuk Seri Zainal.

Perodua Traz ditawarkan di Sri Lanka dengan harga pengenalan khas termasuk cukai bermula Rs. 19,200,000 (RM233,957.23) tanpa aksesori tambahan. Perodua Alza pula dijual dengan harga. Rs. 19,950,000 (RM243,090). 

Sri Lanka meletakkan kadar cukai yang amat tinggi bagi kenderaan yang diimport (duti import kastam 30%, duti eksais, cukai tambah nilai VAT, dan sebagainya) - menjadikan cukai yang dibayar boleh menjangkau 100%.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis