Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

PERODUA PERKENAL HARGA BAHARU QV-E TANPA PERLU SEWAAN BATERI!

15 Jun 2026
PERODUA PERKENAL HARGA BAHARU QV-E TANPA PERLU SEWAAN BATERI!

Perodua mengumumkan harga baharu QV-E untuk pemilikan penuh pada harga khas RM87,499 sehingga 30 September 2026 - atau RM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.

Menurut siaran media dari Perodua, syarikat itu telah melakukan perubahan dalam kandungan tempatan yang membawa kecekapan yang lebih baik terhadap kenderaan bateri elektrik (BEV) pertama keluaran syarikat itu.

Selepas itu, model itu akan ditawarkan pada harga khas RM93,999 pemilikan penuh QV-E atau RM63,499 menerusi pakej BAAS.

Bagi pembelian secara pemilikan penuh, Perodua menawarkan pembelian bateri apabila sudah sampai masa untuk ia dihapuskan,” kata Dato’ Sri Zainal.

“Perodua dan vendor-vendor tempatan telah berjaya mengeluarkan komponen alat ganti dalam jumlah yang signifikan, dan ini bermakna kami boleh terus melindungi pekerjaan tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi dan bekalan rantaian asing,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

“Perkembangan ini penting kerana kami kini boleh menyimpan inventori komponen alat ganti yang lebih besar – terutamanya bahagian badan kenderaan – untuk memastikan pelanggan boleh bergantung kepada alat ganti yang sudah tersedia di peringkat domestik apabila diperlukan,” katanya.

Perodua juga telah berjaya meningkatkan pengeluaran kepada lebih 500 unit sebulan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis