Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

PERODUA KURANGKAN HARGA ALAT GANTI & KOS BURUH SERVIS

19 Jun 2026
PERODUA KURANGKAN HARGA ALAT GANTI & KOS BURUH SERVIS
1 / 3

Berita baik bagi pemilik-pemilik Perodua. Mulai hari ini (Jun 19), pembina kenderaan tempatan yang bertapak di Rawang itu telah mengumumkan pengurangan harga ke atas komponen alat ganti penyelenggaran untuk model-model keluarannya, termasuk kos buruh sebanyak 10%.

 Walau bagaimanapun pengurangan harga ini masih tertakluk kepada terma dan syarat, dan syarikat itu menyata bahawa inisiatif yang diambil sebagai satu langkah proaktifnya untuk membantu rakyat Malaysia yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

Tambah Perodua, kempen ini ditawarkan kepada semua model kenderaan keluarannya termasukmodel EV pertamanya – QV-E – yang baru sahaja diumumkan dengan skim harga jualan baru termasuk bateri. Ini juga  termasuk aspek pemeriksaan, gantian komponen serta kos buruh berkaitan dengan penyelenggaraan kenderaan.

“Pengurangan harga itu tertakluk kepada harga alat ganti komponen penyelenggaran serta kos buruh yang dikenakan kepada pelanggan, dan secara keseluruhannya, pelanggan dijangka menikmati penjimatan sebanyak 10% daripada jumlah bil penyelenggaraan,” kata CEO dan presiden Perodua Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis