Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

PENANG AUTOSHOW 2026: DUNLOP LANTIK PENGEDAR BARU

30 Apr 2026
PENANG AUTOSHOW 2026: DUNLOP LANTIK PENGEDAR BARU
Dunlop mengumumkan hala tuju baharu dibawah Toyotsu Binter Malaysia (TBM) di Penang Autoshow 2026, dengan pelantikan syarikat itu sebagai pengedar ekslusif tayar Dunlop di Malaysia.
Halatuju ini yang didokong kerjasama dengan rangkaian Toyota Tsusho Corporation dan kolaborasi dengan Sumitomo Rubber Industries, dijangka memperkukuhkan sokongan terhadap keperluan mobiliti dia Malaysia dan rantau Asia Tenggara.
Dunlop juga memperkenalkan Blue Response TG, tayar yang direka untuk pemanduan selesa dan pengendalian stabiil, pada masa yang sama mengoptimumkan rintangan guling dan kekedapan kabin yang penting terutamanya bagi kenderaan elektrik.
Terdapat lebih 190 pengedar dan penjual Dunlop di seluruh negara, dengan rancangan untuk membesarkan rangkaian ini dalam dua tahun akan datang.
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis