Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

PANGGILAN SEMULA QJMOTOR AX200S MASIH BERJALAN, PEMILIK DISERU SEMAK DAN HADIR

18 Aug 2026
PANGGILAN SEMULA QJMOTOR AX200S MASIH BERJALAN, PEMILIK DISERU SEMAK DAN HADIR
1 / 7

Pada bulan Mac awal tahun ini, QJMotor Malaysia (MForce Bike Holdings), telah mula laksana program panggilan semula (recall) unutk model QJMotor AX200S. Program ini bertujuan mengganti satu komponen sistem ekzos bermasalah yang telah dikenalpasti syarikat itu.

Awal minggu ini, syarikat tersebut telah siarkan satu peringatan semula kepada pemilik skuter popular ini untuk membuat semakan. Seperti diumumkan dahulu, MForce Bike Holdings akan mengganti komponen bermasalah tersebut secara percuma (kos upah kerja termasuk sekali).

Komponen yang bermasalah di sini ialah ‘muffler assembly’ – salah satu bahagian utama dan penting dalam sistem ekzos yang dilengkapi model QJMotor AX200S ini. Bagi unit-unit yang terkesan, komponen ini mugkin mengalami masalah keretakan.

MForce Bike Holdings tambah bahawa muffler assembly baharu yang ia akan ganti dalam unit-unit terkesan telah dipertingkatkan dengan rekaan baharu yang khusus memastikan ketahanan dan prestasi yang lebih baik dalam jangka masa yang panjang.

Sehubung itu, MForce Bike Holdings menyeru pemilik QJMotor AX200S yang masih belum mendaftar agar berdaftar untuk semakan dan penggantian (jika perlu) menerusi pautan rasmi ini: https://productrecall.mforceservice.my/.

Selain itu, pemilik QJMotor AX200S yang terkesan juga boleh boleh terus menghubungi atau mengunjungi pengedar sah QJMOTOR Malaysia di mana pembelian asal dibuat untuk mengatur jadual penggantian.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis