Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

ORIC Dianjur di Malaysia Bike Show 2026

29 May 2026
ORIC Dianjur di Malaysia Bike Show 2026
1 / 2

Mobility Media Sdn. Bhd. dan RFC International akan menganjurkan pesta kenderaan offroad yang dipanggil “Offroad in the City” (ORIC), pada 30 Mei dan 1 June 2026 di MAEPS Serdang, bersempena dengan penganjuran Malaysia Bike Show 2026.

ORIC adalah perjumpaan bagi kelab kenderaan off-road setempat. Peserta acara ini juga berpeluang mengalami litar khas berbukit, dan bagi yang mahukan sesuatu yang lebih mencabar - dua litar ekstrem menanti anda sekiranya kenderaan anda dilengkapi sistem takal (winch).

Bagi yang memilih untuk melakukan aktiviti berkhemah di ORIC, acara ini juga menampilkan aktiviti bagi seisi keluarga, dengan 4 pembekal makanan khas bagi acara ini. Acara tersebut juga menyertakan kenderaan elektrik, bagi memperagakan kebolehan berkhemah menggunakan sistem elektrik kenderaan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis