Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

OMODA | JAECOO BUKA PUSAT 3S DI KELANTAN DAN JOHOR

01 Aug 2026
OMODA | JAECOO BUKA PUSAT 3S DI KELANTAN DAN JOHOR
1 / 8

OMODA | JAECOO telah membuka dua pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) di Kulai, Johor dan Kota Bharu, Kelantan secara rasmi semalam.

Pembukaan kedua-kedua pusat 3S itu yang masing-masing dikendalikan oleh Supernova Motor Sdn Bhd dan Future Otto Sdn Bhd meningkatkan rangkaian pengedar jenama ini kepada 55 cawangan di seluruh negara.

Kulai 3S Centre merupakan pelaburan sebanyak RM3 juta dan mempunyai keluasan 20,419 kaki persegi, menjadikan pusat ini yang terbesar di wilayah Selatan. Pusat 3S di Kulai ini boleh mengendalikan sehingga 1,560 kemasukan kenderaan setiap bulan.

Manakala pusat 3S di Kota Bharu pula merupakan pengedar sah pertama di negeri itu, dan mampu mengendalikan 650 kemasukan kenderaan dalam sebulan.

“Seiring pertumbuhan OMODA | JAECOO di Malaysia, peluasan rangkaian jualan dan selepas jualan kekal menjadi keutamaan kami bagi memastikan pelanggan menikmati kemudahan serta keyakinan yang lebih tinggi sepanjang pengalaman pemilikan mereka”, kata Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan.

“Pembukaan pusat 3S baharu di Kulai dan Kota Bharu mencerminkan komitmen kami untuk terus mengukuhkan kehadiran di lokasi-lokasi strategik, di samping bekerjasama rapat dengan rakan pengedar yang dipercayai bagi menyampaikan pengalaman pelanggan premium yang menjadi identiti OMODA | JAECOO,” katanya lagi.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis