Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

OMODA C7 & C7 PHEV BUKA UNTUK TEMPAHAN – DARI RM160,000 (ANGGARAN)

08 Aug 2026
OMODA C7 & C7 PHEV BUKA UNTUK TEMPAHAN – DARI RM160,000 (ANGGARAN)
1 / 9

Omoda | Jaecoo Malaysia telah rasmi umum bahawa model SUV crossover coupe terbaharunya, iaitu Omoda C7 dan Omoda C7 PHEV, kini sudah buka untuk tempahan melalui pengedar sah.

Pilihan baharu untuk segmen crossover premium ini bakal dilancar tidak lama lagi, dan tempahannya kini buka dengan harga anggaran bermula dari sekitar RM160,000 (C7) dan RM180,000 (C7 PHEV). Kami juga difahamkan dua-dua tawaran ini akan dipasang secara tempatan (CKD) oleh syarikat induk jenama ini – Chery Corporate Malaysia.

Dari segi tren kuasa, varian C7 mengguna nadi 1.6-liter 4-silinder turbo petrol dengan output 197PS dan 290Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan. Turut sedia adalah pilihan antara pacuan roda hadapan (FWD) dan setup pacuan semua roda (AWD).

Varian C7 PHEV pula dilengkapi enjin 1.5-liter 4-silinder turbo petrol yang digandingkan dengan motor elektrik dan pek bateri ‘Blade’ LFP yang dibekalkan BYD berkapasiti 18.3kWj.Setup ini menjanjikan output keseluruhan 360PS dan 530Nm yang diuruskan transmisi berdedikasi hibrid (DHT) automatik.

Bagi varian C7 PHEV, ia juga menjanjikan jarak gerak maksima elektrik-sahaja sejauh 95KM, dan jarak gerak maksima gabungan petrol-elektrik sejauh 1,250KM.

Dari segi estetik luaran, ciri-ciri rekaan yang menyerlah termasuk bahagian hadapan berbentuk ‘Shark Nose’, pencahayaan LED penuh dengan motif lampu heksagon, serta garisan badan berbentuk coupe yang lebih tajam dan aerodinamik.

Beralih ke ruang kabin, SUV crossover coupe ini juga tampil dengan paparan skrin sentuh infotainment gelongsor 15.6-inci beresolusi 2.5K yang boleh diposisikan di tengah atau di sebelah penumpang papan pemuka. Bagi pemandu, model ini turut dilengkapi paparan meter digital interaktik 8.88-inci.

Kelengkapan dan kemewahan utama lain yanf tersedia juga termasuk pakej bantuan pemanduan (ADAS) lengkap, fungsi ketersambungan pintar, tempat duduk hadapan larasan elektrik dengan fungsi pengudaraan, cermin berkembar (double-glazed), pengecas telefon tanpa wayar 50W yang dilengkapi sistem penyejukan, dan banyak lagi.

Kedua-dua model ini akan dipamerkan melalui pratonton eksklusif yang berlangsung di Aras Concourse dan Aras Ground Suria KLCC dari 7 hingga 9 Ogos 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis