Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

MotoBatt Menjadi Rakan Sokongan Strategik ZK Racing

29 May 2026
MotoBatt Menjadi Rakan Sokongan Strategik ZK Racing

Bekas pelumba motosikal kebangsaan Zulfahmi Khairuddin terus menghimpunkan sokongan terhadap entiti pembangunan bakatnya di ZK Racing.

Di Pameran Motosikal Malaysia 2026 (MBS 2026) yang berlangsung awal hari ini, ZK Racing telah mengumumkan bahawa jenama bateri motosikal terkemuka MotoBatt telah tampil untuk menjadi rakan sokongan strategik rasminya melalui pengedar rasmi tempatan jenama tersebut iatu MC Accessories Sdn Bhd.

Kerjasama strategik ini dirangka sebagai inisiatif jangka panjang yang bukan sahaja melibatkan ZK Racing dan Hakim Danish, malah ia juga merangkumi pembangunan menyeluruh MotoMini Malaysia sebagai platform pembangunan bakat baharu.Ia turut membuka ruang kepada pelbagai inisiatif tambahan termasuk aktiviti pembangunan teknikal, pendedahan industri serta peluang kolaborasi di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Kerjasama ini bersama ZK Racing membolehkan kami menyumbang kepada laluan yang lebih tersusun bagi pelumba muda, di samping menyokong program seperti Moto3 dan MotoMini Malaysia. Kami berharap dapat terus memperkukuh kehadiran kami dalam komuniti sukan permotoran serta menyokong prestasi dan pertumbuhan jangka Panjang,” kata Manfred Pengarah Urusan MC Accessories Sdn. Bhd, melalui siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis