Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

MODENAS UMUM PROGRAM Z15GT CARE

18 Jul 2026
MODENAS UMUM PROGRAM Z15GT CARE
1 / 15

Berita baik bagi pemilik Modenas Z15GT. Baru-baru ini, pengeluar motosikal nasional tersebut telah lancar Program Z15GT Care yang tawarkan pemeriksaan percuma dan bantuan lepas jualan pada pemilik.

Menurut Modenas, inisiatif ini adalaha sebahagian daripada usaha jenama itu untuk meningkatkan kualiti produk, perkhidmatan selepas jualan, dan kepuasan pelanggan.

Program ini berlangsung dari 15 Julai hingga ke 31 Ogos 2026 di 57 pengedar sah Modenas terpilih seluruh negara (senarai tersedia dalam galeri imej).

Dengan program ini, pemilik Z15GT dapat pemeriksaan dan diagnosis motosikal secara percuma oleh juruteknik terlatih. Selain itu, bantuan teknikal, pembaikan serta tuntutan waranti bagi kes yang layak, akan diberi kepada pemilik juga.

Para pemilik Modenas Z15GT disaran unutuk menghubung pengedar sah terdekat untuk mengambil bahagian melalui penetapan temu-janji pemeriksaan. Pelanggan juga diminta bawa sijil pendaftaran dan dokumen waranti atau rekod servis sekali.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis