Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

MITI Mengumumkan Penamatan Pengecualian Khas Bagi EV CBU

06 May 2026
MITI Mengumumkan Penamatan Pengecualian Khas Bagi EV CBU

TERKINI: Susulan laporan yang tular awal hari ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut.Pertama sekali, MITI telah sahkan tempoh pengecualian khas bagi kenderaan elektrik (EV) import penuh (CBU) telah tamat pada 31 Disember 2025. Sejurus itu, mulai 1 Julai 2026, pengimportan EV CBU harus menepati dua syarat utama iatu:

1. Nilai Cost, Insurance & Freight (CIF) minimum sebanyak RM200,000

2. Had kuasa motor minimum diselaraskan daripada 200kW ke 180kW dan ke atas.

MITI juga menambah bahawa perkara ini telahpun dimaklumkan kepada syarikat-syarikat pemegang AP Francais melalui sesi libat urus pada 30 April 2026.

Kami akan selam rinci dengan lebih mendalam tentang perubahan polisi ini dalam episod akan datang dan bincangkan impaknya terhadap industri tempatan dan semua entiti yang terlibat.Buat masa kini, apa pandangan anda tentang perubahan polisi ini? Ruang komen di bawah terbuka, jadi silalah...

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis